Majlis Pelancaran dan Perasmian EKSA JKKP Pulau Pinang bagi tahun 2020 telah diadakan pada 28
Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Utama JKKP Pulau Pinang. Majlis tersebut telah dihadiri seramai 100
orang pegawai & kakitangan JKKP Pulau Pinang.
Majlis ini dirasmikan oleh Encik Hassan Bin Alias, Timbalan Pengarah Operasi JKKP Negeri Pulau Pinang serta diiringi bersama Encik Idris Bin Abdul Rahman selaku Pengerusi 1 EKSA JKKP Pulau Pinang.
Antara intipati amanat beliau sempena perasmian EKSA tahun 2020 ialah;
i. Mengharapkan kerjasama yang baik agar
pengsijilan dapat dicapai sepernuhnya.
ii. Pelaksanaan EKSA dilakukan dengan
konsisten.
iii. Pembudayaan EKSA diamalkan secara
berterusan.
Semoga dengan majlis perlancaran dan perasmian
yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi
JKKP Negeri Pulau Pinang dapat dijadikan aspirasi ke
arah jabatan yang lebih unggul dalam memberi
penyampaian perkhidmatan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment