Friday 28 June 2019

KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKKP PULAU PINANG siri 3




28 JUN 2019 - KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKKP PULAU PINANG siri 3

  1. 💕PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK
  1.  Padamkan semua lampu dan peralatan lain yang tidak diperlukan apabila tidak digunakan seperti  selepas waktu pejabat dan hujung minggu.(contoh mesin fotostat dalam standby mode sepanjang malam menggunakan tenaga yang sama banyak seperti mencetak 5000 salinan. 
  2.  Letakkan signage untuk menggalakkan kakitangan menjimat tenaga elektrik. 
  3.  Gunakan produk berlabel hijau dan menjimatkan tenaga. (Sirim-eco) 
  4.  Pasangkan pengesan cahaya yang boleh mengubah intensity lampu pejabat bergantung kepada kehadiran cahaya semula jadi. 
  5.  Pasangkan pengesan pergerakan yang boleh memadamkan lampu apabila tiada sesiapa yang berada di dalam bilik. 
  6.  Gantikan lampu mentol filament biasa dengan alternative yang menggunakan tenaga dengan lebih efisyen. 
  7.  Aktifkan ciri-ciri penjimatan tenaga pada semua computer dan mesin fotostat. LANGKAH UMUM PENJIMATAN ELEKTRIK
  8.  Pastikan komputer dalam keadaan sleep mode bila tidak digunakan daripada menggunakan screen saver. 
  9.  Padamkan monitor jika tidak digunakan dalam tempoh > 30 minit. 
  10.  Padamkan komputer peribadi sekiranya tidak digunakan untuk tempoh ≥ 2 jam. 
  11.  Tetapkan pencetak kepada mod penjimatan tenaga bagi membolehkan tenaga secara automatic apabila idle selama 10-15 minit. 
  12.  Pertimbangkan perisian komputer/ monitor/ pencetak yang boleh menjimatkan tenaga semasa pembelian : - Pilih hard-drive yang gunakan voltan rendah - Paparan monitor resolusi rendah , monokrom atau cecair Kristal - Pilih pencetak ink-jet atau dot-matriks berbanding dengan laser-jet. KOMPUTER
  13.  Laraskan suhu penghawa dingin kepada 23- 24 º C atau lebih panas setiap kali anda berasa sejuk. 
  14.  Pastikan pintu dan tingkap luaran sentiasa ditutup dan jangan benarkan udara sejuk keluar dari pejabat anda. 
  15.  Penyelenggaraan yang kerap dan servis tahunan untuk memastikan kecekapan dan prestasi tenaga yang maksimum. PENGHAWA DINGIN

No comments:

Post a Comment