Tuesday 20 August 2019

LAWATAN PENGERUSI BERSAMA JAWATANKUASA INDUK EKSA JKKP PULAU PINANG

19 Ogos 2019 - Satu perjumpaan bersama Pengerusi EKSA iaitu En Idris Bin Abdul Rahman dan Ahli Jawatan Kuasa EKSA serta Ketua - Ketua Zon EKSA JKKP PULAU PINANG telah diadakan pada hari isnin lalu, bertempat di Bilik Mesyuarat Operasi (BMO) sekitar jam 9:00 am.

Seterusnya, Pengerusi EKSA JKKP PULAU PINANG, Ahli Jawatan Kuasa EKSA dan Ketua setiap Zon EKSA telah mengadakan lawatan ke semua workstation pegawai di setiap zon EKSA. Zon EKSA  JKKP Pulau Pinang terdiri daripada empat zon utama iaitu Pulau Aman,Pulau Jerejak,Pulau Rimau dan Pulau Gedung

Lawatan EKSA ini  bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan dan  pelaksanaan EKSA Jabatan.Adalah diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak dapat membantu Jawatankuasa EKSA dan para pegawai JKKP Pulau Pinang untuk mencapai pengiktirafan akreditasi EKSA di Jabatan kita.



2 comments: