Monday 26 August 2019

SALAM KEMERDEKAAN KE 62

Tuesday 20 August 2019

LAWATAN PENGERUSI BERSAMA JAWATANKUASA INDUK EKSA JKKP PULAU PINANG

19 Ogos 2019 - Satu perjumpaan bersama Pengerusi EKSA iaitu En Idris Bin Abdul Rahman dan Ahli Jawatan Kuasa EKSA serta Ketua - Ketua Zon EKSA JKKP PULAU PINANG telah diadakan pada hari isnin lalu, bertempat di Bilik Mesyuarat Operasi (BMO) sekitar jam 9:00 am.

Seterusnya, Pengerusi EKSA JKKP PULAU PINANG, Ahli Jawatan Kuasa EKSA dan Ketua setiap Zon EKSA telah mengadakan lawatan ke semua workstation pegawai di setiap zon EKSA. Zon EKSA  JKKP Pulau Pinang terdiri daripada empat zon utama iaitu Pulau Aman,Pulau Jerejak,Pulau Rimau dan Pulau Gedung

Lawatan EKSA ini  bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan dan  pelaksanaan EKSA Jabatan.Adalah diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak dapat membantu Jawatankuasa EKSA dan para pegawai JKKP Pulau Pinang untuk mencapai pengiktirafan akreditasi EKSA di Jabatan kita.



Friday 16 August 2019

LATIHAN ELEMEN AUDIT

19 Julai 2019 - Satu Latihan Elemen Audit telah diadakan kepada semua pegawai JKKP PULAU PINANg pada 19 Julai 2019. Sessi latihan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Ryzal Bin Mohd Nor. Beliau juga merupakan ketua auditor dalaman bagi EKSA JKKP PULAU PINANG.







Semoga semua pegawai dapat memahami keperluan dalam EKSA dan  memcapai markah yang ditetapkan.

Friday 9 August 2019

Audit Dalaman EKSA JKKP PULAU PINANG Bil. 2 Tahun 2019

Audit Dalaman EKSA Siri 2
31 Julai 2018 -  Jawatankuasa  Audit mula menjalankan tugas mereka bermula dengan Zon Pulau Rimau, Zon Pulau Gedung, Zon Pulau Jerejak dan Pulau Aman



Kesemua jawatankuasa audit telah melaksanakan pengauditan dengan jayanya dan semoga JKKP PULAU PINANG dapat mencapai peratusan yang cemerlang sebelum audit MAMPU dilaksanakan kelak.