Friday 4 October 2019

Monday 16 September 2019

'Sayangi Malaysiaku' selamat hari malaysia




Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.



Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Tuesday 10 September 2019

APA ITU JKKP ???


Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:

Pengilangan
Perlombongan dan Pengkuarian
Pembinaan
Hotel dan Restoran
Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
Perniagaan Borong dan Runcit

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja.





Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia.merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mentadbir, mengurus dan menguatkuasakan perundangan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Negara ini dengan wawasan membudayakan setiap pekerjaan yang dijalankan adalah selamat dan sihat.

Monday 26 August 2019

SALAM KEMERDEKAAN KE 62

Tuesday 20 August 2019

LAWATAN PENGERUSI BERSAMA JAWATANKUASA INDUK EKSA JKKP PULAU PINANG

19 Ogos 2019 - Satu perjumpaan bersama Pengerusi EKSA iaitu En Idris Bin Abdul Rahman dan Ahli Jawatan Kuasa EKSA serta Ketua - Ketua Zon EKSA JKKP PULAU PINANG telah diadakan pada hari isnin lalu, bertempat di Bilik Mesyuarat Operasi (BMO) sekitar jam 9:00 am.

Seterusnya, Pengerusi EKSA JKKP PULAU PINANG, Ahli Jawatan Kuasa EKSA dan Ketua setiap Zon EKSA telah mengadakan lawatan ke semua workstation pegawai di setiap zon EKSA. Zon EKSA  JKKP Pulau Pinang terdiri daripada empat zon utama iaitu Pulau Aman,Pulau Jerejak,Pulau Rimau dan Pulau Gedung

Lawatan EKSA ini  bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan dan  pelaksanaan EKSA Jabatan.Adalah diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak dapat membantu Jawatankuasa EKSA dan para pegawai JKKP Pulau Pinang untuk mencapai pengiktirafan akreditasi EKSA di Jabatan kita.



Friday 16 August 2019

LATIHAN ELEMEN AUDIT

19 Julai 2019 - Satu Latihan Elemen Audit telah diadakan kepada semua pegawai JKKP PULAU PINANg pada 19 Julai 2019. Sessi latihan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Ryzal Bin Mohd Nor. Beliau juga merupakan ketua auditor dalaman bagi EKSA JKKP PULAU PINANG.







Semoga semua pegawai dapat memahami keperluan dalam EKSA dan  memcapai markah yang ditetapkan.

Friday 9 August 2019

Audit Dalaman EKSA JKKP PULAU PINANG Bil. 2 Tahun 2019

Audit Dalaman EKSA Siri 2
31 Julai 2018 -  Jawatankuasa  Audit mula menjalankan tugas mereka bermula dengan Zon Pulau Rimau, Zon Pulau Gedung, Zon Pulau Jerejak dan Pulau Aman



Kesemua jawatankuasa audit telah melaksanakan pengauditan dengan jayanya dan semoga JKKP PULAU PINANG dapat mencapai peratusan yang cemerlang sebelum audit MAMPU dilaksanakan kelak.

Monday 15 July 2019

AUDIT DALAMAN EKSA KALI KEDUA TAHUN 2019

Audit Dalaman EKSA akan diadakan pada 31 Julai 2019




✨TUGAS AUDITOR 👀

o Untuk menilai dan mencadangkan penambahbaikan dalam melaksanakan EKSA. 

o Penilaian adalah berdasarkan komponen A-F , berdasarkan bukti dan bukan berdasarkan naluri atau andaian🤭😁





Tuesday 9 July 2019

Gotong Royong Zon Pulau Gedung






Sempena kempen JKKP PENANG Ke Arah Persijilan Semula Ekosistem Sektor Awam (EKSA), satu program gotong – royong di Zon Pulau Gedung telah dijalankan.




Zon PulauGedung ini terdiri daripada seksyen Analisis & Pemprosesan, Seksyen Risiko Khas dan Promosi & Sumber , serta  Seksyen Siasatan & Pendakwaan. Ayuh kita EKSA💪💪💪💪

Monday 1 July 2019

Gotong Royong Zon Pulau Rimau

Sempena kempen JKKP PENANG Ke Arah Pensijilan Semula Ekosistem Sektor Awam (EKSA), satu program gotong – royong di Zon Pulau Rimau telah dijalankan. Zon Pulau Rimau ini terdiri daripada 3 seksyen utama JKKP Pulau Pinang iaitu Seksyen Statutori, Seksyen Kerja Bina, dan Seksyen Industri Kecil dan Serdahana.   






 Semoga semua pegawai sentiasa beristiqamah dalam menjalankan EKSA secara berterusan.

Friday 28 June 2019

KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKKP PULAU PINANG siri 3




28 JUN 2019 - KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKKP PULAU PINANG siri 3

  1. 💕PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK
  1.  Padamkan semua lampu dan peralatan lain yang tidak diperlukan apabila tidak digunakan seperti  selepas waktu pejabat dan hujung minggu.(contoh mesin fotostat dalam standby mode sepanjang malam menggunakan tenaga yang sama banyak seperti mencetak 5000 salinan. 
  2.  Letakkan signage untuk menggalakkan kakitangan menjimat tenaga elektrik. 
  3.  Gunakan produk berlabel hijau dan menjimatkan tenaga. (Sirim-eco) 
  4.  Pasangkan pengesan cahaya yang boleh mengubah intensity lampu pejabat bergantung kepada kehadiran cahaya semula jadi. 
  5.  Pasangkan pengesan pergerakan yang boleh memadamkan lampu apabila tiada sesiapa yang berada di dalam bilik. 
  6.  Gantikan lampu mentol filament biasa dengan alternative yang menggunakan tenaga dengan lebih efisyen. 
  7.  Aktifkan ciri-ciri penjimatan tenaga pada semua computer dan mesin fotostat. LANGKAH UMUM PENJIMATAN ELEKTRIK
  8.  Pastikan komputer dalam keadaan sleep mode bila tidak digunakan daripada menggunakan screen saver. 
  9.  Padamkan monitor jika tidak digunakan dalam tempoh > 30 minit. 
  10.  Padamkan komputer peribadi sekiranya tidak digunakan untuk tempoh ≥ 2 jam. 
  11.  Tetapkan pencetak kepada mod penjimatan tenaga bagi membolehkan tenaga secara automatic apabila idle selama 10-15 minit. 
  12.  Pertimbangkan perisian komputer/ monitor/ pencetak yang boleh menjimatkan tenaga semasa pembelian : - Pilih hard-drive yang gunakan voltan rendah - Paparan monitor resolusi rendah , monokrom atau cecair Kristal - Pilih pencetak ink-jet atau dot-matriks berbanding dengan laser-jet. KOMPUTER
  13.  Laraskan suhu penghawa dingin kepada 23- 24 º C atau lebih panas setiap kali anda berasa sejuk. 
  14.  Pastikan pintu dan tingkap luaran sentiasa ditutup dan jangan benarkan udara sejuk keluar dari pejabat anda. 
  15.  Penyelenggaraan yang kerap dan servis tahunan untuk memastikan kecekapan dan prestasi tenaga yang maksimum. PENGHAWA DINGIN

Wednesday 26 June 2019

KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKKP PULAU PINANG SIRI 2



Amalan Hijau Dalam EKSA




  1. 26 JUN 2019 - Melaksanakan program ‘Kitar Semula’ dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga AMALAN HIJAU KE ARAH PENGGUNAAN SUMBER SECARA OPTIMUM

  2. 👍Reduce • Kurangkan Penggunaan Sisa ✌Reuse • Guna semula 👏Recycle • Kitar semula PRINSIP ASAS AMALAN HIJAUKERTAS

  3. PENGURANGAN SISA & KITAR SEMULA
  4.  Guna semula kertas yang telah telah dicetak pada sebelah muka sahaja untuk mengambil nota , mesej , mencetak deraf dsbnya. Sediakan bekas bagi mengumpul kertas yang digunakan hanya pada sebelah muka sahaja. 
  5.  Laporan dan dokumen yang tertentu boleh dimuat turun terus dari laman web dan dilihat pada skrin computer. 
  6.  Sediakan senarai emel(group emel) untuk agihan laporan utau ucapan perayaan secara versi-e. 
  7.  Gunakan papan kenyataan ataupun emel untuk pengumuman status terkini dan minit mesyuarat. 
  8.  Guna semula sampul surat seboleh mungkin, terutamanya untuk menghantar maklumat dalaman. 
  9.  Gunakan katrij yang boleh dikitar semula. ALAT TULIS, KERTAS, FAKSIMILI, PERCETAKAN

Friday 14 June 2019

KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKKP PULAU PINANG 5 MINIT SETIAP HARI


14 JUN 2019 - Dimaklumkan bahawa JKKP PULAU PINANG dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU pada bulan Julai 2019. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).



Sehubungan itu, bagi menjayakan pensijilan tersebut, Unit Promosi EKSA JKKP PULAU PINANG telah menganjurkan kempen  5 minit. Dimohon kerjasama semua Kakitangan Jabatan agar dapat melaksanakan aktiviti EKSA sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari sebelum dan selepas waktu kerja.
Perhatian dan kerjasama daripada pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Monday 13 May 2019

Penyeragaman Wallpaper dan Screen Saver Desktop Komputer Jabatan

13 Mei  2019 - Dengan ini diwar- warkan Wallpaper dan Screen saver desktop komputer  diseragamkan dengan imej koperat EKSA Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang.

Diharapkan Semua kakitangan jabatan dapat mengemaskini wallpaper komputer masing- masing. disini disertakan link untuk wallpaper  Wallpaper EKSA JKKPPP





Sunday 12 May 2019

AKTIVITI GOTONG ROYONG UNTUK PELAKSANAAN EKSA ZON PULAU AMAN



12 APRIL 2019  - Jawatankuasa Induk Zon Pulau Aman EKSA JKKP PULAU PINANG telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 12 April 2019 jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan Tempat Kerja "work station" tetapi merangkumi semua bahagian yang terlibat termasuk Surau, Kaunter Utama, Bilik Keewangan, Pantry dan Bilik Fail.
Semangat gotong-royong seumpama ini perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara ahli Zon Pulau Aman
 


  



Friday 10 May 2019

Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Setiap Hari Jumaat

HARI JUMAAT HARI EKSA



28 APRIL 2019 - Unit promosi EKSA JKKP PULAU PINANG telah menganjurkan HARI EKSA pada setiap hari jumaat. Majlis Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Setiap Hari Jumaat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JKKP Pulau Pinang pada 28 April yang lalu.






EKSA bukanlah bertujuan bagi menggantikan Amalan 5S sebaliknya inisiatif yang dilaksanakan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) itu bertujuan bagi menambah baik Amalan 5S.

Diharapkan semua kakitangan jabatan sentiasa mengamalkan EKSA pada setiap hari jumaat untuk memastikan zon-zon EKSA dalam organisasi berada dalam keadaan kondusif.

Monday 15 April 2019

LAMAN UTAMA

____SELAMAT DATANG KE BLOG EKSA JKKP PULAU PINANG ____

GALERI EKSA


SUDUT GO GREEN DI ZON PULAU AMAN

DASAR EKSA


Pengauditan Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pada 15 April 2019


15 April 2019 -  Pengauditan Dalaman EKSA telah dilaksanakan di Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang, Malaysia. Panel Auditor Dalaman EKSA ini terdiri dari Pegawai Jabatan yang berkomitmen tinggi.

Juruaudit Jawatankuasa Audit


1.
Ishak Bin Husin
2.
Che Harun Bin Ishak
3.
Siti Norhana Washida Binti Abdul Mutalib
4.
Khairiyah Binti Jamaludin
5.
Elayaraja A/L Veeran
6.
Mohd Taufik Shaharuddin
7.
Mohd Fahmi Bin Abdul Talib
8.
Mohd Ryzal Bin Mohamad Nor

Panel Audit telah dibawa melawat sekitar kawasan JKKP Pulau Pinang bagi menunjukkan gambaran sebenar Pelaksanaan EKSA yang telah dilaksanakan oleh kakitangan JKKPPP. Pengauditan Dalaman EKSA ini dibuat bertujuan menilai tahap persediaan JKKP PP sebelum Audit sebenar dari pihak Kementerian Sumber Manusia(KSM) yang dijangka pada bulan Ogos ini .





Tuesday 9 April 2019

PENGENALAN EKSA JKKP PULAU PINANG

PENGENALAN EKOSISTEM KONDUSIF
 SEKTOR AWAM



MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
  1. memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
  2. meningkatkan imej korporat;
  3.  menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
  4. menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
  5.  memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.