Monday 16 September 2019

'Sayangi Malaysiaku' selamat hari malaysia




Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.



Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Tuesday 10 September 2019

APA ITU JKKP ???


Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:

Pengilangan
Perlombongan dan Pengkuarian
Pembinaan
Hotel dan Restoran
Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
Perniagaan Borong dan Runcit

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja.





Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia.merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mentadbir, mengurus dan menguatkuasakan perundangan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Negara ini dengan wawasan membudayakan setiap pekerjaan yang dijalankan adalah selamat dan sihat.