Friday 28 June 2019

KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKKP PULAU PINANG siri 3




28 JUN 2019 - KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKKP PULAU PINANG siri 3

  1. 💕PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK
  1.  Padamkan semua lampu dan peralatan lain yang tidak diperlukan apabila tidak digunakan seperti  selepas waktu pejabat dan hujung minggu.(contoh mesin fotostat dalam standby mode sepanjang malam menggunakan tenaga yang sama banyak seperti mencetak 5000 salinan. 
  2.  Letakkan signage untuk menggalakkan kakitangan menjimat tenaga elektrik. 
  3.  Gunakan produk berlabel hijau dan menjimatkan tenaga. (Sirim-eco) 
  4.  Pasangkan pengesan cahaya yang boleh mengubah intensity lampu pejabat bergantung kepada kehadiran cahaya semula jadi. 
  5.  Pasangkan pengesan pergerakan yang boleh memadamkan lampu apabila tiada sesiapa yang berada di dalam bilik. 
  6.  Gantikan lampu mentol filament biasa dengan alternative yang menggunakan tenaga dengan lebih efisyen. 
  7.  Aktifkan ciri-ciri penjimatan tenaga pada semua computer dan mesin fotostat. LANGKAH UMUM PENJIMATAN ELEKTRIK
  8.  Pastikan komputer dalam keadaan sleep mode bila tidak digunakan daripada menggunakan screen saver. 
  9.  Padamkan monitor jika tidak digunakan dalam tempoh > 30 minit. 
  10.  Padamkan komputer peribadi sekiranya tidak digunakan untuk tempoh ≥ 2 jam. 
  11.  Tetapkan pencetak kepada mod penjimatan tenaga bagi membolehkan tenaga secara automatic apabila idle selama 10-15 minit. 
  12.  Pertimbangkan perisian komputer/ monitor/ pencetak yang boleh menjimatkan tenaga semasa pembelian : - Pilih hard-drive yang gunakan voltan rendah - Paparan monitor resolusi rendah , monokrom atau cecair Kristal - Pilih pencetak ink-jet atau dot-matriks berbanding dengan laser-jet. KOMPUTER
  13.  Laraskan suhu penghawa dingin kepada 23- 24 º C atau lebih panas setiap kali anda berasa sejuk. 
  14.  Pastikan pintu dan tingkap luaran sentiasa ditutup dan jangan benarkan udara sejuk keluar dari pejabat anda. 
  15.  Penyelenggaraan yang kerap dan servis tahunan untuk memastikan kecekapan dan prestasi tenaga yang maksimum. PENGHAWA DINGIN

Wednesday 26 June 2019

KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKKP PULAU PINANG SIRI 2



Amalan Hijau Dalam EKSA




  1. 26 JUN 2019 - Melaksanakan program ‘Kitar Semula’ dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga AMALAN HIJAU KE ARAH PENGGUNAAN SUMBER SECARA OPTIMUM

  2. 👍Reduce • Kurangkan Penggunaan Sisa ✌Reuse • Guna semula 👏Recycle • Kitar semula PRINSIP ASAS AMALAN HIJAUKERTAS

  3. PENGURANGAN SISA & KITAR SEMULA
  4.  Guna semula kertas yang telah telah dicetak pada sebelah muka sahaja untuk mengambil nota , mesej , mencetak deraf dsbnya. Sediakan bekas bagi mengumpul kertas yang digunakan hanya pada sebelah muka sahaja. 
  5.  Laporan dan dokumen yang tertentu boleh dimuat turun terus dari laman web dan dilihat pada skrin computer. 
  6.  Sediakan senarai emel(group emel) untuk agihan laporan utau ucapan perayaan secara versi-e. 
  7.  Gunakan papan kenyataan ataupun emel untuk pengumuman status terkini dan minit mesyuarat. 
  8.  Guna semula sampul surat seboleh mungkin, terutamanya untuk menghantar maklumat dalaman. 
  9.  Gunakan katrij yang boleh dikitar semula. ALAT TULIS, KERTAS, FAKSIMILI, PERCETAKAN

Friday 14 June 2019

KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKKP PULAU PINANG 5 MINIT SETIAP HARI


14 JUN 2019 - Dimaklumkan bahawa JKKP PULAU PINANG dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU pada bulan Julai 2019. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).



Sehubungan itu, bagi menjayakan pensijilan tersebut, Unit Promosi EKSA JKKP PULAU PINANG telah menganjurkan kempen  5 minit. Dimohon kerjasama semua Kakitangan Jabatan agar dapat melaksanakan aktiviti EKSA sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari sebelum dan selepas waktu kerja.
Perhatian dan kerjasama daripada pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.