Monday 13 May 2019

Penyeragaman Wallpaper dan Screen Saver Desktop Komputer Jabatan

13 Mei  2019 - Dengan ini diwar- warkan Wallpaper dan Screen saver desktop komputer  diseragamkan dengan imej koperat EKSA Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang.

Diharapkan Semua kakitangan jabatan dapat mengemaskini wallpaper komputer masing- masing. disini disertakan link untuk wallpaper  Wallpaper EKSA JKKPPP





Sunday 12 May 2019

AKTIVITI GOTONG ROYONG UNTUK PELAKSANAAN EKSA ZON PULAU AMAN



12 APRIL 2019  - Jawatankuasa Induk Zon Pulau Aman EKSA JKKP PULAU PINANG telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 12 April 2019 jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan Tempat Kerja "work station" tetapi merangkumi semua bahagian yang terlibat termasuk Surau, Kaunter Utama, Bilik Keewangan, Pantry dan Bilik Fail.
Semangat gotong-royong seumpama ini perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara ahli Zon Pulau Aman
 


  



Friday 10 May 2019

Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Setiap Hari Jumaat

HARI JUMAAT HARI EKSA



28 APRIL 2019 - Unit promosi EKSA JKKP PULAU PINANG telah menganjurkan HARI EKSA pada setiap hari jumaat. Majlis Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Setiap Hari Jumaat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JKKP Pulau Pinang pada 28 April yang lalu.






EKSA bukanlah bertujuan bagi menggantikan Amalan 5S sebaliknya inisiatif yang dilaksanakan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) itu bertujuan bagi menambah baik Amalan 5S.

Diharapkan semua kakitangan jabatan sentiasa mengamalkan EKSA pada setiap hari jumaat untuk memastikan zon-zon EKSA dalam organisasi berada dalam keadaan kondusif.